Umno tidak risau Dr Mahathir turun berkempen di Cameron Highlands


Noel Achariam

Khairy Jamaluddin bersalaman dengan orang ramai yang hadir ketika beliau melakukan lawatan di di Tanah Rata, Cameron Highlands hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 20 Januari, 2019.

UMNO tidak kisah dengan perancangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammad untuk turun berkempen untuk meraih undi pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands, kata Khairy Jamaluddin.

Bekas menteri belia dan sukan berkata parti Melayu itu akan meneruskan strategi kempennya untuk mendekati pengundi.

“Kami faham Dr Mahathir akan turun selama dua hari berkempen di Felda Sungai Koyan yang mempunyai banyak pengundi Melayu.

“Tetapi, kami akan meneruskan program dan kami tidak terancam dengan sesiapa daripada Pakatan Harapan (PH) yang datang untuk berkempen,” katanya selepas melawat penempatan Orang Asli di Kampung Sungai Ruil.

PRK itu akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara PH M.Manogaran, Ramli Mohd Noor (BN) dan dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.

Khairy berkata kehadiran Dr Mahathir di Cameron Highlands agak pelik kerana biasanya perdana menteri tidak datang untuk PRK.

“Ini mungkin menunjukkan PH cemas dan mengambil serius kempen dengan apa dicapai BN dalam kempen.”

Dr Mahathir akan membuat penampilan untuk PH di Cameron Highlands pada 25 Januari, sebelum PRK.

Beliau akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Ahmad Shah di Sungai Koyan. – 20 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Tidak ada sesiapa yang ditakuti kecuali Allah Swt. , Takutlah dengan sebenar benar takut dengan Allah jika berbuat maksiat. Manusia merancang Allah yang menentukannya

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh FAIZ SUHAIMI · Ulasan