Pakatan tolak dakwaan beli kad pengenalan Orang Asli 


Christopher Rabin

Pakatan mendakwa tuduhan oleh Ahli Majis Tertinggi Umno Lokman Adam adalah fitnah dan sengaja dibuat untuk mencemarkan imej PH pada pilihan raya itu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Januari, 2019

PAKATAN Harapan hari ini menolak dakwaan cubaan membeli kad pengenalan 2,000 pengundi Orang Asli bagi menghalang mereka untuk mengundi pada pilihan raya kecil Cameron Highlands minggu depan.

Penolong ketua pusat operasi Jelai, Arvind Bharet berkata, tuduhan oleh Ahli Majis Tertinggi Umno Lokman Adam adalah fitnah dan sengaja dibuat untuk mencemarkan imej PH pada pilihan raya itu.

“PH tidak membenarkan tindakan sedemikian kerana kami yakin bahawa pengundian adalah hak setiap rakyat dalam negara demokratik, dan hak itu tidak boleh dilanggar di mana-mana pihak,” kata Arvind.

Semalam, Lokman mendakwa, PH menggunakan taktik “beli” IC (kad pengenalan) untuk memenangi pilihan raya itu.

Beliau mendakwa taktik ini digunakan oleh PH kerana merasa terancam dengan pemilihan Ramli Mohd Nor dari suku Semai Cameron Highlands sebagai calon BN. – 20 Januari, 2019
 
MENYUSUL 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen