KETUA Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata beliau tidak akan dibuli dan menjadi “ketua menteri Umno”.
“Saya akan menentang pembulian Barisan Nasional untuk menjadi ketua menteri rakyat, yang menentang kronisme, rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Lim berikutan kenyataan yang beliau sifatkan sebagai “ancaman” kepada rakyat Pulau Pinang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan, yang berkata negeri itu akan kehilangan status sebagai peneraju kewangan, pelaburan dan industri sekiranya mereka terus menyokong Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang.
“Ini merupakan pengakuan tidak langsung Rahman sejak Pakatan mengambil alih pada 2008, Pulau Pinang semakin pulih daripada keadaan penurunannya dengan menarik lebih ramai pelabur, meningkatkan peluang pekerjaan dan kedatangan pelancong.
“Pulau Pinang merekodkan pertumbuhan pelaburan yang kukuh pada 73% atau RM59 bilion, dalam sektor pembuatan dari 2008 hingga tahun lepas berbanding RM34 bilion dari 1999 kepada 2007.
“Peluang pekerjaan baharu meningkat dengan 15% kepada 139,133 dan juga dari 2008 tahun lepas, berbanding dengan 121,511 dari 1999 hingga 2007.
Baru-baru ini, Rahman berkata Umno tidak boleh memenangi “ketuanan Melayu” di Pulau Pinang kerana perbezaan dinamik politik negeri itu dan mengkritik Lim kerana “menjadi lebih kuat” kerana mempengerusikan beberapa agensi dibawah kerajaan negeri seperti Penang Development Corporation dan PBA Holdings Berhad.
Lim berkata Rahman menunjukkan “hipokrasi politik dan double standard” menerusi kenyatan itu.
Ini adalah doub standard BN apabila membabitkan kerajaan negeri BN sebelum ini yang membuat undang-undang agensi kerajaan ini mesti dipengerusikan oleh ketua menteri.
“Mengapa boleh menteri besar BN atau ketua menteri mempengerusikan agensi negeri, tapi tidak di Pulau Pinang?
Lim berkata BN perlu jelas dalam manifesto pilihan raya mengenai polisi penjaja haram, struktur, kilang dan kuil dan gereja yang dibina tanpa permit.
Gesaan itu adalah berhubung isu kilanh haram di Sungai Lembu, yang dilihat kerajaan negeri dikritik, kebanyakannya dari BN, kerana tidak menutup premis, yang membakar habuk kayu untuk menghasilkan karbon lebh daripada sedekat lalu tanpa permit.
Pentadbiran negeri sudah menjelaskan ia merupakan polisi kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu itu secara baik daripada meruntuhkan struktur haram.
“Biar rakyat yang menentukan siapa yang benar dan boleh dipercayai, dan siapa yang tidak malu!,” katanya. – 25 Ogos, 2017.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan