AHLI Umno tidak wajar dihukum dengan disekat daripada menerima bantuan atau disingkirkan dari jawatan sekiranya benar-benar layak, kata Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Abdul Rahman.
Menteri belia dan sukan itu berkata Umno sememangnya musuh politik Bersatu tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan untuk mengkum ahli parti itu sedemikian.
“Kalau kita hendak hukum 4 juta ahli Umno sedia ada, bagaimana kita hendak menang dan pikat hati mereka? Mereka rakyat Malaysia, saudara Islam kita.
“Bayangkan kalau kita kalah dalam pilihan raya akan datang, adakah kita hendak tindakan yang sama dikenakan kepada kita? Yang menang ambil semua, yang tewas tidak dapat apa.
“Kerajaan negeri di bawah Bersatu tidak akan dilayan langsung. Kita tidak mahu itu berlaku. Sebagai rakyat Malaysia, masa depan kita berkait rapat antara satu sama lain,” kata Syed Saddiq.
Dalam ucapan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di PICC, beliau mengulas perbahasan perwakilan yang menggesa kerajaan tidak memberi muka langsung kepada pembangkang terutamanya Umno.
Syed Saddiq juga membidas ahli parti yang tidak melihat realiti semasa dan masih menuntut jawatan politik tertentu, lantikan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan juga kontrak.
“Kita bukan Umno dahulu ada beratus kerusi. Nilai semula, tengok cermin kita cuma ada satu kerusi (di Perak). GLC nak, jawatan nak, kontrak nak. Itu sangat bermasalah,” katanya. – 30 Disember, 2018.
MENYUSUL
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh FAIZ SUHAIMI · Ulasan