WAKIL rakyat Kuamut, Sabah Masiung Banah, yang meninggalkan Pertubuhan Pasok Momogun KadazanDusun Murut (Upko) bulan lalu, menyertai parti Warisan.
Keahliannya itu menjadikan Adun Warisan kepada 29 orang.
Masiung menyerahkan permohonan keahliannya kepada Setiausaha Warisan Loretto Padua Jr di Tenom hari ini, disaksikan oleh Naib Presiden Peter Anthony.
Masiung keluar Upko pada 24 November, berkata berbeza pendapat dengan kepimpinan Upko Wilfred Madius Tangau.
Walaupun, Upko adalah satu daripada parti pemerintah negeri, konflik antara Masiung dan Tangau diyakini berpunca daripada hal mengenai kesetiaan parti sebelum ini kepada Barisan Nasional (BN).
Upko adalah sebahagian daripada BN, sehingga ia beralih kepada Warisan dan Pakatan Harapan (Warisan-PH) selepas pilihan raya 9 Mei.
“Berdasarkan landskap politik yang cepat berubah, saya rasa tidak adil bagi pengundi saya jika saya tidak membuat keputusan dengan cepat.
“Oleh itu, lebih baik memilih parti yang mewakili semua kaum di Sabah dan ia adalah Warisan,” kata Masiung selepas menyerahkan permohonan keahliannya di Dewan Masyarakat Tenom. – 18 Disember, 2018.
Komen