PINDAAN terhadap Akta Pengangkutan Jalan termasuk penambahbaikan proses membatalkan pendaftaran kenderaan bagi memudahkan usaha kerajaan melupuskan kenderaan terbiar, kata Anthony Loke.
Menteri Pengangkutan itu berkata terdapat kira-kira 60,000 hingga 70,000 kereta terbiar di seluruh negara yang menjadi masalah besar kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melupuskannya.
“PBT tidak boleh menunda kenderaan tersebut kerana pendaftarannya masih sah. Saya bimbang jika mereka mengambil kereta tersebut, pemilik akan datang dan membuat tuntutan daripada PBT,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Rang Undang-Undang Pengangkutan (Pindaan) 2018 dibentangkan untuk bacaan pertama di Parlimen hari ini. – 10 Disember, 2018.
MENYUSUL
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Teruna Kelana · Ulasan