Pakatan Sabah dakwa miliki bukti cukup BN rasuah pengundi di Pensiangan


Jason Santos

Pakatan Harapan Sabah mendakwa BN merasuah pengundi di kerusi Parlimen Pensiangan pada Pilihan Raya Umum ke 14.– Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Disember, 2018

PAKATAN Harapan Sabah mendakwa memiliki bukti yang cukup untuk menyokong dakwaan Barisan Nasional merasuah pengundi di kerusi Parlimen Pensiangan pada Pilihan Raya Umum ke 14. 

Setiausaha Pemuda PH Sabah Razeef Rakimin berkata, oleh itu mereka berharap mahkamah pilihan raya di Kota Kinabalu akan pertimbangkan bukti dalam rayuan calon PKR Raymond Ahuar yang kalah dalam petisyennya terhadap calon BN, Arthur Joseph Kurup. 

Razeef berkata bukti keterangan dan video dikumpul dari penerima yang menyatakan wang berkenaan diserahkan kepada mereka di kediaman ayah Arthur, iaitu bekas menteri persekutuan Joseph Kurup yang juga bekas ahli Parlimen Pensiangan. 

“Kami mengesan beberapa penerima rasuah beberapa hari selepas pilihan raya 9 Mei dan mereka mengakui menerima rasuah. 

“Selepas kami memberi nasihat, mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan polis daerah Keningau dan menyerahkan wang itu kepada polis dan membuat laporan.

“Sejak itu, lebih ramai individu dan kumpulan pengundi tampil di balai polis untuk melakukan perkara yang sama,” kata Razeef. 

Oleh itu, mahkamah pilihan raya perlu menyemak semula keputusan pada 9 November untuk menolak petisyen yang difailkan Raymond, tambahnya. 

Mahkamah perlu mengesahkan bukti dan menukar keputusannya serta membatalkan kemenangan Arthur, sebagaimana yang dilakukan mahkamah pilihan raya Kuala Lumpur terhadap kerusi Cameron Highlands yang dimenangi oleh MIC, katanya. 

“Dengan semua bukti yang ada di tangan kami, kami berharap mahkamah akan menukar keputusannya dan membenarkan pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi Parlimen Pensiangan.”

Pada piliha raya 9 Mei, Raymond kalah kepada Arthur dengan perbezaan sebanyak 314 undi. – 1 Disember, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Ambil tindakan terhadap hakim. Dia masih ingat BN berkuasa. Bukti apa pun tidak sah kalau melawan BN

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Rizuan abdul rahman · Ulasan