Pendaftaran pas My100, My50 kini dibuka


Christopher Rabin

Pas tanpa had ini untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam dan mengurangkan kos sara hidup rakyat, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada majlis pelancaran oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 1 Disember, 2018.

PENGGUNA pengangkutan awam boleh mendaftar pas perjalanan My100 dan My50 dengan menggunakan MyKad, MyTentera dan MyKid, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Dengan pas My100 dan My50 ini, pengguna boleh menggunakan pengangkutan awam tanpa had di Lembah Klang.

“Pas tanpa had ini untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” kata Loke.

Sistem ini akan dilaksanakan di semua sistem LRT, MRT, Monorail, BRT dan bas Rapid KL mulai 1 Januari.

Pas My100 berharga RM100 boleh digunakan tanpa had masa untuk sebulan bagi semua jenis pengangkutan di bawah Prasarana iaitu LRT, MRT, Monorail dan perkhidmatan Rapid Bus Transit.

Bagi pas My50 yang berharga RM50 pula, ia boleh digunakan sepanjang masa bagi mana-mana sistem bas Rapid di Lembah Klang.

Langganan boleh dibuat di semua stesen LRT dan MRT serta empat stesen bas di Shah Alam, Greenwood, Seri Nilam dan terminal bas Kajang, kata Loke.

Pas kemudiannya boleh ditambah nilai setiap bulan di mana-mana kiosk Touch n Go, stesen minyak atau mesin ATM. – 1 Disember, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen