Guan Eng ‘terkejut’ Utusan siar laporan 1MDB dipinda


Asila Jalil

Menteri Kewangan Lim Guan Eng terkejut Utusan Malaysia siar artikel arahan Najib Razak meminda laporan 1MDB, sebelum mendapat pengesahan ketua audit negara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 26 November, 2018.

MENTERI Kewangan Lim Guan Eng hari ini berkata beliau terkejut bagaimana akhbar Utusan Malaysia boleh menyiarkan artikel Najib Razak mengarahkan laporan ketua audit negara tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebelum pengesahan rasmi dibuat.

“Saya terkejut Utusan tahu dulu sebelum ketua audit negara keluarkan kenyataan,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Utusan pada Jumaat memetik sumber dalam satu laporan bahawa bekas perdana menteri mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan 1MDB yang diberikan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang menyiasat syarikat pelaburan negara itu pada 2016.

PAC kemudian membuat kesimpulan bahawa Najib yang memantau syarikat itu sebagai menteri kewangan tidak boleh dipertanggungjawabkan.

Ketua Audit Negara Madinah Mohamad hanya mengesahkan laporan Utusan mengenai laporan yang dipinda itu pada Ahad.

Lim berkata walaupun terkejut dengan tindakan Utusan melaporkan berita itu tanpa mendapatkan pengesahan terlebih dulu, tetapi katanya “rakyat berhak untuk tahu”.

Menurutnya, lebih baik untuk tanya Utusan adakah munasabah untuk akhbar berbahasa Melayi menyiarkan berita itu daripada menunggu kenyataan rasmi. 

Beliau juga enggan mengulas ketika ditanya adakah munasabah bagi Jabatan Audit Negara mendedahkan beberapa pindaan yang dibuat dalam laporan semalam memandangkan perkara itu sudah dibawa ke mahkamah. 

“Saya tidak mahu mengulas kerana saya tidak mahu terikat kontriversi dengan pegawai Najib tetapi matamat kita adalah untuk berata benar dan membiarkan rakyat tahu kebenaran,” kata Lim. 

Tambahnya, perlu ada keseimbangan dalam perkara itu bagi memastikan rakyat diberi kebenaran berhubung isu itu. – 26 November, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • 'kontriversi' dan 'matamat' dan 'berata' LGE punya pelat atau ralat ejaan. :-)

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Siti Fatimah · Ulasan