AKAR umno Umno perlu membincangkan kedudukan Ahmad Zahid Hamidi dan membuat ketetapan sekiranya mereka mahu beliau bercuti sementara sebagai presiden parti sehingga kes mahkamahnya selesai, kata Mohamed Nazri Aziz.
Setiausaha agung Barisan Nasional itu berkata terserah juga kepada Zahid sama ada mahu kekal atau keluar parti.
“Tetapi mesti ingat, beliau dipilih oleh perwakilan. Sekiranya ahli Umno mahu, mereka patut ada gerakan di peringkat akar umbi mendesak ketetapan meminta beliau berundur,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen, hari ini.
Zahid sebelum ini mendedahkan bahawa tiga pemimpin Umno di Johor menyatakan sokongan terhadap gesaan agar beliau berehat sehingga perbicaraan kesnya selesai.
Pemimpin itu menyokong cadangan Pemuda Umno yang mendesak presiden parti itu agar bercuti susulan tuduhan kes jenayah ke atasnya.
Ketua Pemuda Asyraf Wajdi Dusuki berkata cadangan itu tidak bermakna mendesak Zahid untuk meletak jawatan.
“Tidak adil bebankan pesiden dengan sebegitu banyak pertuduhan dalam keadaan Umno perlu bergerak pantas dalam suasana politik yang berbeza hari ini,” kata Asyraf. – 15 November, 2018.
Komen