Kenaikan gaji minimum tidak cukup dibanding peningkatan kos, kata Cuepacs


Noel Achariam

WALAUPUN  gaji minimum dinaikkan sebanyak RM200, ia masih tidak cukup dengan kos sara hidup yang tinggi, kata Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya faham bahawa mengikut manifesto Pakatan Harapan, kerajaan akan menaikkan gaji minimum secara berperingkat hingga RM1,500.

“Tahun ini gaji minimum ialah RM1,050 dan ia dinaikkan sebanyak RM 50.

“Walaupun anda menaikkannya sebanyak RM150 atau RM200 ia tetap tidak cukup (untuk para pekerja) dengan kos sara hidup yang tinggi,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, Kerajaan menyedari betapa pentingnya pendapatan demi kelangsungan hidup dalam persekitaran kos yang semakin meningkat.

Beliau berkata sebagai langkah pertama, gaji minimum akan dinaikkan kepada RM1,100 sebulan di seluruh Malaysia mulai 1 Januari 2019.

Azih juga berharap kerajaan akan meningkatkan gaji minimum untuk sektor awam.

“Peningkatan ini adalah untuk sektor swasta di seluruh negara. Kami juga berharap mereka teliti sektor awam.”

Azih berkata bahawa kerajaan harus melihat peningkatan gaji minimum apabila ekonomi meningkat bagi mencapai sasaran mereka.

“Ini juga bergantung kepada majikan dan jika perniagaan mereka baik, mereka boleh melakukannya.

“Sudah tentu kita semua mahu membayar tinggi tetapi kita juga perlu melihat ekonomi.”

Azih juga berkata pihaknya gembira dengan pembiayaan khas sebanyak RM500 untuk penjawat awam yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. – 2 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Ningkatkan produktiviti, ketelusan dan integriti dalam sektor awam dulu sebelum asyik minta kenaikan gaji dan COLA.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Gerard Lourdesamy · Ulasan