HAMPIR 50 penyokong Rosmah Mansor berkumpul di luar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tempat beliau bermalam malam ini.
Perhimpunan solidariti itu dianjurkan Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam susulan penahahan Rosmah petang tadi selepas disoal siasat buat kali ketiga berkaitan penyelewengan dana negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Lokman yang memakai baju berwarna oren, seperti baju lokap SPRM mengetuai perhimpunan penyokong Rosmah itu di Presint 7, Putrajaya.
Kumpulan itu menyuarakan kebimbangan terhadap hubungan Peguam Negara Tommy Thomas dengan DAP serta mendakwa polis dan SPRM kini hanya alat politik kerajaan Pakatan Harapan.
Pelakon terkenal negara, Elly Suriati yang turut menghadiri perhimpunan itu mendakwa penahanan Rosmah adalah satu usaha untuk membunuh karakter dan wibawanya.
Isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok, kata SPRM dalam kenyataan petang tadi. – 3 Oktober, 2018.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Tam Yan Cheng · Ulasan