[VIDEO] Jangan lakukan provokasi


Nabihah Hamid Sumardi Susilo Hasmizar Hassan

TIMBALAN Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay menasihati semua pihak agar bersikap matang dan tidak melakukan provokasi sepanjang proses Pilihan Raya Negeri di enam negeri.

Tegasnya, pihaknya tidak teragak–agak untuk mengenakan tindakan tanpa mengira parti jika berlaku pelanggaran undang-undang.

“Saya menyeru kepada semua penyokong parti untuk berfikir secara rasional dan jangan ikut emosi,” katanya pada sidang media di Klang Gates, Hulu Kelang Selangor tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata polis telah membuka 131 kertas siasatan di seluruh negara berkaitan pelbagai kesalahan PRN.

Daripada jumlah itu, kira-kira 27 kertas siasatan melibatkan Selangor. – 12 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen