[VIDEO] Kerajaan gagal tangani isu kos sara hidup, menurut kaji selidik UCSI
SEBANYAK 98% responden dalam satu kaji selidik baru-baru ini berpendapat kerajaan tidak cukup melakukan yang terbaik dalam menangani kenaikan kos sara hidup.
Menurut Pusat Penyelidikan Undian UCSI ini adalah peningkatan drastik daripada kaji selidik serupa yang dijalankan tahun lalu.
Tahun lalu kajian menunjukkan 61% responden menyatakan kerajaan tidak cukup melakukan yang terbaik untuk menangani isu itu.
Dalam kaji selidik itu, 99% responden risau dengan kos sara hidup, dengan 96% berkata kebimbangan utama adalah berkenaan harga barangan runcit dan makanan diikuti dengan kos penjagaan kesihatan (83%) dan utiliti (31%). – 18 Julai, 2024.
Komen