[VIDEO] Tok Mat dijangkiti influenza, rehat 3 hari


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

DINASIHAT berehat tiga hari, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menghentikan kempennya sementara sebagai calon di DUN Rantau.

Beliau dalam satu hantaran di Facebook rasminya memberitahu beliau dijangkiti virus influenza.

Tok Mat dalam video tersebut turut memohon maaf kepada pengundi dan jentera parti Barisan Nasional (BN) kerana tidak dapat menyertai kempen selama tempoh itu.

Beliau yang juga ahli Parlimen Rembau turut menyampaikan pesanan kepada jentera untuk meneruskan gerak kerja di kawasan yang dijadualkan.

Kerusi DUN Rantau pada PRN, 12 Ogos ini, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohamad dan calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau Rozmal Malakan. – 3 Ogos, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen