[VIDEO] Dedah pusat sembelihan langgar SOP halal, ‘Abdullah’ terima ugutan bunuh
SELEPAS pendedahkan loji sembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal, Australia didakwa tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia, ‘the Hood Man’ atau Abdullah mengakui menerima ugutan bunuh.
Abdullah turut menafikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah merakam kenyataannya.
“Saya tidak menerima panggilan daripada pegawai Jakim. Ada ramai yang hubungi saya dan mengaku pegawai Jakim, tapi bila saya minta bukti mereka gagal tunjukkan”, katanya melalui google meet dalam sidang media Pekemas.
Menurutnya, dia bersedia untuk bertemu dengan pegawai Jakim untuk memberikan maklumat sekiranya diminta berbuat demikian. – 18 Mei, 2022.
Komen
Https://www.facebook.com/PM-Fast-Trade-104912912155335/
Dimuat naik 1 tahun yang lalu oleh Nath Mary · Ulasan