[VIDEO] Pejuang tak letak calon PRN Sabah


Mastura Malak Sumardi Susilo

PARTI Pejuang tidak meletak calon bertanding di mana-mana kerusi PRN Sabah dan memberi sokongan penuh kepada Warisan dan sekutunya, kata Mukhriz Mahathir.

Jelas Presiden Pejuang itu, mana-mana individu yang mengakui dirinya mewakili Pejuang dan menyertai PRN Sabah tidak akan mendapat restu kepimpinan parti.

Bekas menteri besar Kedah itu juga berkata Pejuang akan berkempen untuk calon-calon Warisan Plus sepanjang tempoh kempen pilihan raya sebagai tanda sokongan.

PRN Sabah diadakan selepas DUN dibubarkan pada 30 Julai lalu ketika ada cubaan oleh bekas ketua menteri Musa Aman untuk membentuk kerajaan selepas beberapa wakil rakyat penyokong kerajaan Warisan berpaling tadah. – 12 September, 2020. [BACA]


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen