NAJIB Razak mempertahankan bahawa beliau bukan seorang pencuri seperti digambarkan melalui 25 tuduhan di Mahkamah Sesyen berhubung derma RM2.6 yang masuk ke akaunnya.
Bekas perdana menteri itu berkata tuduhan berkenaan digunakan selama ini untuk memburukkan namanya namun kini beliau berpeluang untuk membersihkan namanya.
“Sepertimana kita semua sedia maklum isu RM2.6 bilion telah digunakan untuk memburukkan dan mencerca caci saya habis-habisan selama ini.
Dengan pertuduhan saya hari ni akan beri saya peluang beri bersihakan nama saya, bahawa saya bukan seorang pencuri,” katanya kepada pemberita.
__full.jpg)
Beliau menyifatkan, pertuduhan terhadapnya itu bukan satu yang menggemparkan kerana ia mengelirukan dan perlu dijelaskan.
“Saya suka katakan selama ini tuduhan-tuduhan dilakukan terbahagi tiga peringkat iaitu dana yang diterima, kedua dana digunakan, dana yang dipulangkan balik pun didakwa.
“Inilah yang saya perlu terangkan pada pihak yang terkeliru seolah-olah pertuduhan ini menggemparkan.
“Kalau kita pandang sekali imbas memang menggemparkan. Tapi kalau kita faham, fakta sebenarnya dan buat perkiraan, kita buat kesimpulan saya telah pulangkan satu jumlah yang besar lepas Pilihan Raya Umum ke 13,” katanya.
Bekas perdana menteri itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pertuduhan tersebut kerana bimbang ia akan mempengaruhi proses mahkamah.
Namun beliau mengharapkan doa rakyat Malaysia dapat membersihkan namanya. – 20 September, 2018
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Rizuan abdul rahman · Ulasan
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Teruna Kelana · Ulasan