Anak Najib zahir sokongan di Instagram


Nooryana Najwa yang kini berada di Boston, Amerika Syarikat berkata beliau "sengsara" apabila dipisahkan daripada keluarga ketika ini sehingga tidak dapat tidur. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 September, 2018.

ANAK-ANAK Najib Razak menzahirkan sokongan kepada bapa mereka yang kini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bakal didakwa di mahkamah esok berhubung “derma” RM2.6 bilion yang didakwa diterima dari keluarga diraja Arab Saudi.

Anak lelakinya, Ashman menerusi Instagram menulis bimbangkan keadaan bapanya itu dan berdoa Najib akan diberi layanan yang adil.

Anak perempuan Najib, Nooryana Najwa yang kini berada di Boston, Amerika Syarikat (AS) pula berkata beliau “sengsara” apabila berjauhan daripada keluarga ketika ini sehingga tidak dapat tidur.

Norashman Najib menerusi Instagram berdoa bapanya  akan diberi layanan yang adil.  – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 September, 2018.

Nooryana juga memetik kata-kata bekas presiden AS Theodore Roosevelt mengenai orang yang berjaya selepas melalui penderitaan untuk memberi semangat kepada bapanya yang kini ditahan SPRM itu.

SPRM menahan Najib di ibu pejabatnya kira-kira jam 4.13 petang tadi.

Menerusi satu kenyataan, SPRM berkata Najib akan berdepan beberapa dakwaan di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 3 petang esok.

Bekas presiden Umno itu sebelum ini kekal dengan kenyataan wang berkenaan adalah dari Arab Saudi namun penyiasat percaya RM2.6 bilion itu adalah dari 1Malaysia Development Berhad yang diambil menerusi transaksi yang kompleks. – 19 September, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen