PERDANA menteri seterusnya mempunyai hak untuk merombak Kabinet, kata Anwar Ibrahim, sambil menambah beliau boleh berbuat demikian kepada barisan Dr Mahathir Mohamad apabila mengambil alih kelak.
Dalam temu bual dengan Channel News Asia (CNA), bakal presiden PKR itu berkata sebarang keputusan untuk berbuat demikian akan berdasarkan prestasi menteri berkenaan.
“Ketua baru selalunya mempunyai pilihan untuk membuat keputusan. Saya tidak memikirkannya lagi; semuanya bergantung ... sekiranya mereka efektif, mereka harus meneruskannya,” kata Anwar.
Beliau berkata para menteri kini mempunyai masa satu tahun setengah lagi untuk “membuktikan diri”, dengan merujuk kepada tempoh dijadualkan mengambil alih jawatan perdana menteri menjelang 2020.
Anwar akan menggantikan Dr Mahathir di bawah perjanjian antara semua parti Pakatan Harapan (PH).
Walaupun kedua-dua pemimpin mengesahkan mengenai peralihan kuasa itui, masih ada cakap-cakap, terutamanya puak tertentu dalam PKR, yang Dr Mahathir dan mereka bersekutu dengannya sedang berusaha menghalang Anwar daripada berbuat demikian.
Anwar dalam temu bual CNA juga berkata Dr Mahathir tidak mempunyai keinginan kekal dalam kerajaan selepas beliau meletakkan jawatan
Anwar, 70, bertanding di pilihan raya kecil Port Dickson akan datang untuk kembali semula ke Dewan Rakyat sebagai ahli Parlimen persekutuan. – 19 September, 2018.
Komen
Dr Mahathir Mohamad, saya ingin nasihati apabila Anwar Ibrahim ambil alih kemudian hari apabila TunMahathir nak letak jawatan sebagai Perdana Menteri jangan sekalipun kacau Pentadbiran Anwar.
Sekarang 'Orang Tua Mahathir' boleh lahsekarang lebihi lah berdoa kerana telah menggunakan RM6.3juta duit rakyat untuk menjelajahi ke merata dunia buat maki- hamun nama Datuk Seri Najib.Bukan kah itu dengan berniat berdosa kepada nama Negara Malaysia??
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Luxshmi Sriyan NH De Silva · Ulasan