Sebat terbuka di Terengganu bukan ajaran Islam, kata kumpulan peguam


Salah seorang wanita yang disebat semalam di Mahkamah Syariah Terengganu kerana didakwa terlibat dalam hubungan lesbian menutup muka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 September, 2018.

SEBATAN ke atas dua wanita dilakukan Mahkamah Syariah Terengganu semalam kerana didakwa terlibat dalam hubungan lesbian bukan ajaran Islam, kata Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Latheefa Koya.

Latheefa berkata kumpulan itu “gerun” apabila mengetahui Mahkamah Syariah Terengganu dengan bantuan pegawai penjara melaksanakan hukuman sebat ke atas dua wanita di depan lebih 100 orang semalam.

“‘Hukuman’ keji itu tidak selari dengan cara Islam di Malaysia berkembang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“(Malah) mahkamah Syariah ada keberanian untuk menjustifikasikan tindakannya, menyatakan sebat itu tidak ‘menyakitkan’ wanita berkenaan atau privasi pesalah ‘dilindungi’ kerana mereka pintu keluar masuk khas ke kawasan mahkamah.

“Kenyataan itu sangat tak masuk akal apabila anda mengambil kira hukuman itu dijalankan dengan kehadiran 100 orang termasuklah orang awam, tidak termasuk lagi penderitaan mental dialami wanita berkenaan yang pastinya menderita kerana kejadian itu.”

Latheefa berkata lesbianisme atau homoseksualiti bukanlah kesalahan di bawah hudud: “Paling teruk pun, ia boleh jadi jenayah di bawah ta’zir.”

“Tambahan pula, penting untuk dinyatakan yang semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W, tidak ada rekod sesiapa yang disebat atau dihukum secara terbuka kerana homoseksualiti.”

“Kerana itu hukuman yang menjatuhkan (maruah) dan memalukan ini hakikatnya bukan ajaran Islam, kerana untuk seorang ‘pendosa’, Islam sangat menekankan konsep belas kasihan dan perlindungan privasi dan maruah individu.”

Latheefa berkata sikap “dahagakan hukuman” ini hanya memberi gambaran buruk kepada Islam. – 4 September, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen