Calon MCA komited pastikan kempen Balakong tidak langgar peraturan


Gan Pei Ling

Calon MCA bagi PRK Balakong, Tan Chee Teong berusaha memastikan kempen dijalankannya tidak menyalahi sebarang peraturan pilihan raya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 23 Ogos, 2018.

MCA akan menjalankan kempen yang bersih di Balakong, kata calonnya, Tan Chee Teong yang juga berharap agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan jika beliau melanggar mana-mana kesalahan pilihan raya.

“Tujuan saya dalam pilihan raya kecil (PRK) ini ialah untuk membangkitkan semua isu di Balakong. Saya penduduk di sini jadi saya tahu apa masalahnya.

“Jika kami melakukan sesuatu yang salah (seperti dalam melanggar peraturan pilihan raya), kami akan membetulkannya. Jika kami betul, beritahu. Semua orang mahu berlaku jujur,” kata Tan selepas ceramahnya di Sungai Chua, Kajang malam tadi.

“Saya tidak tahu mengenai kesalahan di PRK Sungai Kandis. SPR memantau kami. Jika kami melakukan sebarang kesalahan, mereka akan memberitahu kami.”

Pemantau pilihan raya Bersih 2.0 mengecam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kerana melanggar peraturan pada PRK Sungai Kandis.

Pada PRK itu, calon pemenang PH mengagihkan minyak enjin motosikal percuma, menyediakan pemeriksaan perubatan dan perubatan percuma kepada penduduk.

Selain itu, turut menyalahgunakan aset dan program kerajaan dalam sekurang-kurangnya empat kes, berkempen untuk mendapat sokongan di sekolah awam dan tiga program kerajaan ketika beberapa menteri didapati menggunakan kereta rasmi untuk ke pusat penamaan calon pada hari mengundi.

Sementara itu, calon BN menyediakan makanan dan minuman percuma pada dua acara dan memainkan sentimen perkauman dan agama.

Pada kempen PRK Balakong, MCA menyediakan pemeriksaan kesihatan manakala calon PH Wong Siew Ki mengedarkan bendera kebangsaan di kawasan Balakong pada siri kempen mereka yang bermula Sabtu lalu. Pengundian akan dilakukan pada 8 September.

Tan juga berkata beliau mengalu-alukan sokongan PAS terhadap beliau dalam PRK itu. – 23 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen