Bukan Islam resah dengan RUU355, bimbang Islamisasi, kata peguam negara


Lionel Morais

Peguam Negara Mohamed Apandi Ali yakin usaha memperkasakan kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk kepentingan politik semata-mata. – Gambar Malaysia Insight oleh Kamal Ariffin, 31 Mac, 2017.

PENENTANGAN bukan Islam terhadap pindaan undang-undang jenayah Islam kerana melihatnya sebagai satu lagi langkah ke arah mengislamisasikan negara, kata Peguam Negara Mohamed Apandi Ali kepada The Malaysian Insight, malam tadi.

Ia juga tidak membantu yang Rang Undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) diilhamkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, yang mempromosikan undang-undang hudud di Kelantan pada tahun 90-an, yang kemudian diikuti Terengganu.

Melihat isu itu selepas Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak membentangkan RUU Hadi selaras dengan prinsip konsensus, Apandi berkata isu ini sentiasa akan menjadi masalah.

“Apabila Hadi memperkenalkan RUU ini dan cuba  menggabungkan 100 sebatan dan hukuman berat lain, persepsi orang bukan Islam adalah hudud akan dilaksanakan, dalam samaran RUU Persendirian Ahli.

Sebenarnya, Apandi berkata RUU355 adalah semata-mata untuk meminda Akta Undang-undang Jenayah Syariah untuk meningkatkan hukuman sedia ada.

Ia juga adalah untuk memberi orang Islam “rasa positif”, kerana kuasa Mahkamah Syariah pada masa ini lebih rendah berbanding Mahkamah Majistret.

RUU355 sepatutnya meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah, dengan kedudukan Mahkamah Sesyen.

“Mereka (bukan Islam), bagaimanapun, membacanya sebagai permulaan kerajaan negara Islam seperti di Iran, Iraq dan Syria, walaupun diberitahu ia tidak terpakai kepada orang bukan Islam. Itulah punca penolakan yang kuat.”

Secara peribadi, Apandi lega gabungan kerajaan membuat pusingan U dengan RUU355 kerana itu bermakna beliau tidak perlu menggubal pindaan RUU Hadi, yang beliau rasakan akan juga ditentang.

“Apabila kita merangka, kita perlu menunjukkan ia adalah RUU kerajaan, justeru pihak saya perlu memastikan ia berbeza daripada draf Hadi.

“Jadi mungkin, hanya mungkin, kami mungkin tidak memasukkan Sabah (dan Sarawak), untuk menjadikan ia berbeza, malah mengurangkan hukuman tersebut.

“Berhubung bilangan sebatan dan juga hukuman, saya mungkin akan mengurangkannya.

“Perbezaan undang-undang semasa yang meliputi Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah, pemenjaraan hanya sehingga tiga tahun. Mereka mahu menukar kepada 30 tahun, perbezaan yang sangat besar.

“Bagi denda, sekarang ia RM1,000, mereka mahu meningkatkannya RM100,000. Perbezaan yang begitu besar. Orang ramai akan mula mempersoalkan logik di sebalik semua ini.

“Justeru, itulah sebabnya persepsi rakyat di luar sana, ‘Oh, ini pasti akan menjadi hudud’.”

Apandi juga mendedahkan beliau mengetengahkan perkara itu kepada ahli politik BN dan mereka menyatakan kebimbangan kepadanya.

Ramai berkata, ia akan menjadi sukar bagi mereka untuk menjelaskan kepada penyokong jika kerajaan menerima pakai RUU Hadi.

Mereka juga memberi amaran BN boleh kehilangan kerusi, terutama di Sarawak dan Sabah, jika kerajaan tidak membuat pusingan U terhadap RUU355.

Apandi juga berasa RUU355 lebih menjurus kepada tujuan politik berbanding undang-undang.

“Tujuan dan niatnya adalah untuk meraih kepentingan politik. Adakah anda pernah mendengar sesiapa daripada masyarakat awam mendesak untuk meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah? Tidak, tiada siapa memintanya bukan?

“Pada pandangan saya, ia adalah untuk tujuan politik semata-mata. Beliau (Hadi) hendak meyakinkan negeri yang menyokong undang-undang Hudud.

“Rakyat di negeri itu akan mula bertanya kepadanya ‘Hey, kita ada undang-undang, mengapa tidak boleh kita menguatkuasakannya? Apa yang berlaku?”

“Beliau perlu mengatakan sesuatu kepada negeri ini. Sebab itulah beliau cuba mendapatkan sokongan Persekutuan.

“Jadi, ya ... ia politik!” – 31 Mac 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Pengecut dengan lidah biawak.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Mr. Wafferthin · Ulasan

  • Some of the sentences sound a little unnatural in Bahasa Malaysia, as if directly translated from English.
    For example:
    "PENENTANGAN bukan Islam terhadap pindaan undang-undang jenayah Islam kerana melihatnya sebagai satu lagi langkah ke arah mengislamisasikan negara"
    vs.
    "NON-MUSLIMS are against Islamic criminal law amendments as they perceive them as another step towards the Islamisation of Malaysia"

    The latter is alright for a sentence in English, but the former with the literal translation is not, because either the clause before "kerana" lacks a predicate or the clause after "kerana" lacks a subject.

    Has this article been proofread before published?

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Wencin Poh · Ulasan