Kemelut air muncul kembali, Singapura terdesak terima NEWater


Julia Yeow

Singapura, republik kecil kaya itu berdepan masalah kritikal air. Perjanjian airnya dengan Malaysia pula meletakkan negara itu dalam kebergantungan menyebabkan pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan bekalan air negara itu sentiasa mencukupi. – Gambar EPA, 16 Ogos, 2018.

SEORANG lelaki tua duduk di atas bangku bersama-sama seorang budak lelaki dan menuding ke arah air pancut jernih dalam taman yang letaknya di tengah-tengah kota Singapura.

Air, kata lelaki itu dengan wajah sedih kepada cucunya dalam rakaman video tersebut adalah salah satu sumber paling berharga tetapi paling langka Singapura.

Video itu berakhir dengan suara garau narator mengingatkan penonton realiti pedih kejayaan dan kerapuhan Singapura: “Bagi memastikan Singapura terus maju, air perlu terus mengalir.”

Ia adalah video lama berdurasi dua minit diterbitkan Pusat Lawatan NEWater Singapura, tetapi mesej keterdesakannya masih terus relevan di Singapura dan Malaysia- buat masa kini adalah sumber air termurah dan paling cekap negara itu- ketika kedua-dua negara mula mempertimbangkan untuk berunding semula perjanjian air yang sentiasa jadi kontroversi.

Hubungan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dengan mendiang pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew sentiasa bergolak dalam semua aspek daripada ruang udara sehinggalah kepada ekonomi.

Tetapi, isu air adalah salah satu isu terbesar yang memberi kesan kepada hubungan dua negara saudara berjiran yang terpisah sejak 1963 itu.

Selepas Dr Mahathir berundur pada 2002 selepas 22 tahun berkuasa, hubungan kedua-dua negara relatifnya aman, dan Singapura menikmati air yang bekalannya terjamin.

Tetapi, sebaik sahaja kembali berkuasa susulan perubahan kerajaan pada 9 Mei, Dr Mahathir membangkitkan kebimbangan apabila berkata pada satu wawancara media yang beliau akan mengadakan semula perbincangan berkenaan perjanjian air 1962, mengatakan yang 3 sen untuk setiap gelen air mentah yang dijual Malaysia kepada republik itu adalah “sangat tidak masuk akal”.

Pandangannya paling kurang boleh dianggap sebagai agresif, paling tidakpun boleh dianggap bermusuhan oleh pemimpin dan penduduk negara jiran itu serta menimbulkan persoalan isu kelangsungan sumber air Singapura.

Di sinilah munculnya NEWater, yang merupakan air ultra bersih gred tinggi yang terhasil daripada proses kitar semula air kumbahan.

Pada 2003, ketika NEWater mula dilancarkan untuk kegunaan rakyat Singapura, ia berdepan sedikit tentangan dan kejelikan terhadap idea yang rakyatnya menggunakan air kitar semula kumbahan.

“Cabarannya ketika itu bukanlah sangat soal menyakinkan mereka tentang teknologi, tetapi memberi jaminan kepada orang awam yang air ini selamat untuk digunakan,” kata Lim yang bertugas di kaunter penyambut tetamu Pusat Lawatan.

Bagaimanapun, katanya penerimaan masyarakat terhadap air itu sepanjang 15 tahun lepas ada “turun naiknya”.

Kini, kata Lim, kesedaran rakyat Singapura lebih tinggi yang mereka mungkin “satu hari nanti perlu bergantung terhadapnya sebagai sumber air utama mereka”.

Republik kecil itu buat masa sekarang memenuhi permintaan airnya menerusi empat sumber bekalan negara: air dari kawasan tadahan air terhadnya, air import dari Johor, NEWater dan air laut suling.

Disebabkan saiznya yang kecil, Singapura berdepan masalah kekurangan kawasan tadahan air untuk memenuhi permintaan air rakyatnya menjadikan sekuriti air salah satu aspek yang memerlukan perhatian kritikal. – 16 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen