Pembangkang politikkan isu LGBT, kata aktivis


Gambar Nisha Ayub (kanan) dan Pang Khee Teik (kiri) diturunkan dari pameran di Pulau Pinang menimbulkan kecaman ramai yang menyifatkannya campur tangan kerajaan ke dalam bidang seni. – Gambar Facebook, 9 Ogos, 2018.

PENURUNAN dua gambar aktivits LGBT dari pameran di Pulau Pinang menunjukkan pembangkang menggunakan isu LGBT untuk matlamat politik mereka, kata Nisha Ayub.

Dua keping gambar itu melibatkan Nisha dan seorang lagi rakan aktivisnya, Phang Khee Teik.

“Isu LGBT dipolitikkan di Malaysia sekarang dan LGBT sedang kalah,” katanya.

Tambahnya, gambar itu tidak pernah dihasrat untuk menjadi kenyataan politik dan matlamatnya hanyalah menunjukkan perasan sayang kepada Malaysia. Beliau juga kecewa yang gambar patriotism itu diturunkan kerana ia tidak menggambarkan isu LGBT.

“Saya ambil gambar itu setahun lalu. Saya tiada hasrat khusus mempromosi isu LGBT dengan gambar itu,” katanya.

“Pembangkang memutuskan untuk mengaitkannya dengan kerajaan baharu dan kata, ‘sekarang tengok kerajaan baharu pro-LGBT’ sedangkan ia bukan soal itu,” kata aktivis transgender itu.

Katanya, trend itu membimbangkan kerana pembangkang cuba menggunakan isu LGBT untuk menyerang kerajaan sedang perubahan pentadbiran negara Mei lalu. – 9 Ogos, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen