Bung Moktar tarik balik kenyataan mencarut


Melati A. Jalil

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin menarik balik perkataan tidak senonoh yang dikeluarkannya selepas diarahkan speaker Dewan Rakyat . – Gambar Facebook, 7 Ogos, 2018.

AHLI Parlimen Barisan Nasional (BN) Bung Moktar Radin menarik balik kenyataan “F *** you” yang dibuatnya di Dewan Rakyat, selepas diarahkan berbuat demikian oleh Timbalan Speaker Mohd Rashid Hasnon.

Rashid, yang memetik Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 36 (4) dan (9) ketika mengeluarkan perintah itu, memberi amaran kepada ahli Parlimen daripada menggunakan perkataan itu lagi.

“Berdasarkan 36 (4), perkataan mencarut yang diucapkan oleh Kinabatangan mesti ditarik balik. Kinabatangan, sila tarik balik perkataan itu,” katanya hari ini.

Peraturan Mesyuarat 36 (4) menyatakan tiada arahan bagi ahli-ahli Dewan menggunakan bahasa yang menyinggung atau membuat kenyataan seksis, sementara Peraturan Mesyuarat 36 (9) Dewan Rakyat menyatakan tiada rujukan boleh dibuat dalam mana-mana perbahasan mengenai kelakuan atau karakter mana-mana ahli Parlimen atau penjawat awam, selain tindakannya dalam kapasiti seorang ahli Parlimen atau penjawat awam, jika ia berkaitan.

Bung Moktar kemudian menarik balik kenyataannya, mengatakan beliau tiada niat mengucapkan perkataan itu kepada sesiapa pun.

“Saya menarik balik kenyataan itu kerana ia tidak sopan, tetapi ia merupakan cubaan teruk Puncak Borneo,” katanya, sambil menambah beliau melihat Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) keluar minum dengan seorang pelacur.

Ini menyebabkan satu lagi perang mulut di Dewan Rakyat, dengan ahli Parlimen Pakatan Harapan mendesak speaker mengambil tindakan tegas terhadap beliau.

Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) memetik Peraturan Mesyuarat 44, untuk mengeluarkan Bung Moktar daripada sidang.

Rashid berkata beliau akan menggunakan peruntukan itu jika Bung Moktar mengulangi kesilapan itu.

Ahli Parlimen itu berkata “F *** you” kepada Mongin diganggu semasa perbahasan Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dan Rang Undang-undang Cukai Perkhidmatan 2018. – 7 Ogos, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen