KANAK-KANAK perempuan warga China yang dilaporkan hilang di sebuah lapangan terbang di Washington, ditemui selamat tanpa kecederaan dan disahkan sudah berada bersama keluarganya.
Ma Jinjing, 12, dilaporkan hilang selepas didapati meninggalkan kumpulannya, sebaik saja mendaftar masuk pada Khamis lalu di Lapangan Terbang Kebangsaan Ronald Reagan Washington.
Beliau dikatakan menukar pakaiannya dan meninggalkan bangunan terminal itu bersama seorang wanita Asia yang tidak dikenali.
“Jinjing ditemui selamat bersama ibu bapanya di Queens, New York City, semalam,” kata Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Washington Metropolitan dalam satu kenyataan.
Ketika Jinjing dilaporkan hilang bersama wanita yang tidak dikenali itu, timbul kebimbangan beliau mungkin diculik.
Wujud juga dakwaan terdapat usaha untuk memohon suaka bagi membolehkan Jinjing disatukan semula dengan ibu bapanya. – AFP, 4 Ogos, 2018.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Siti Fatimah · Ulasan