Lantikan Khazanah tak bercanggah manifesto Pakatan, kata TPM


Melati A. Jalil

Pelantikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Khazanah tidak bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.– Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Julai, 2018.

PELANTIKAN Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Khazanah tidak bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata ini kerana pelantikan itu selaras dengan peranan utama Khazanah untuk menarik pelaburan.

“Saya tidak nampak sangat ia bercanggah kerana ia merangkumi bidang pengkhususan Khazanah untuk dapatkan pelaburan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas kritikan terhadap pelantikan tersebut.

Manifesto Pakatan Harapan menyatakan yang “kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan lantikan ahli lembaga GLC peringakat negeri atau negara akan dinilai berdasarkan merit dan professionalisme, bukan politik.”

Khazanah adalah dana kekayaan utama Malaysia yang mempunyai kepentingan strategik dalam kebanyakan sektor, termasuk kewangan, kesihatan, telekomunikasi, penerbangan dan utiliti.

Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat kepimpinan Pakatan Harapan.

Minggu lalu, pengarah urusan Azman Mokhtar dan ahli lembaga pengarah Khazanah lain ditawarkan untuk meletak jawatan “bagi memudahkan peralihan yang lebih lancar dan teratur” di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Azmin dilantik sebagai pengarah ahli lembaga Khazanah bersama-sama Mohd Hassan Marican, with Mohd Hassan Marican, Dr Sukhdave Singh dan Goh Ching Yin. Dr Mahathir pula dilantik sebagai pengerusi.– 31 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen