Sekolah tahfiz sedia terima pendidikan seks, tapi tiada peruntukan, kata doktor


Nicholas Chan

Sekolah tahfiz mahu memperkenalkan modul pendidikan seks kepada pelajarnya, namun terpaksa membatalkan hasrat itu kerana kekangan dana, kata Dr Hamizah Mohd Hassan pada persidangan anjuran Projek Dialog bertajuk 'Pendidikan: Wawasan untuk Malaysia Baru'.

SEKOLAH tahfiz mahu memperkenalkan modul pendidikan seks kepada pelajarnya, namun terpaksa membatalkan hasrat itu kerana kekangan dana, kata Dr Hamizah Mohd Hassan pada persidangan anjuran Projek Dialog bertajuk “Pendidikan: Wawasan untuk Malaysia Baru”, hari ini.

“8 daripada 10 guru sekolah tahfiz menyokong pendidikan seks dan mahu memperkenalkan modul kami ke sekolah mereka,” kata Ketua Sub Unit Seksualiti Bahagian Reproduksi Manusia Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu.

Dr Hamizah, yang merangka kokurikulum pendidikan seks yang sudah diajarkan di sekolah berkata, idea berkenaan sudah diperkenalkan awal tahun ini, sebelum berlaku perubahan kerajaan. Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan enggan memberikan dana untuk projek tersebut.

“Kami merangka pelan untuk sekolah tahfiz, guru-guru mahu mengajarnya, tetapi apabila kita bentangkan kos ke Kementerian Pendidikan, mereka tolak,” kata Dr Hamizah.

“Pelan ini hanya untuk sekolah tahfiz tertentu, bagi menghadkan kos, tetapi Kementerian Pendidikan masih tidak mahu memberikan dana.”

Namun, beliau masih berharap, yang kerajaan baharu, di bawah kepimpinan Menteri Pendidikan baharu Maszlee Malik sedia memberi peluang untuk modul itu diajar di sekolah tahfiz.

“Kami akan teliti dan mungkin cuba lagi dengan kementerian baru sama ada kami akan dapat dana. Sekarang ini kami bergantung bantuan daripada masyarakat sivil.

Sekolah tahfiz menjadi perhatian baru-baru ini selepas seorang guru tahfiz di Hulu Kelang didapati melakukan seks luar tabii terhadap pelajarnya yang berusia 14 tahun.– 25 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen