TIMBALAN Setiausaha Agung DAP Nga Kor Ming berkata Dr Mahathir Mohamad mengesyorkan beliau untuk dilantik sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat kerana perdana menteri itu percaya beliau boleh belajar untuk menjadi lebih neutral.
Ahli Parlimen Teluk Intan itu, dalam satu sesi temu bual secara langsung di Facebook dengan The Malaysian Insight malam tadi berkata, Dr Mahathir memaklumkan kepadanya dalam nada bergurau pagi semalam.
“Saya sedang bersarapan di meja yang sama dengan perdana menteri, secara tiba-tiba beliau pandang saya dan kata, ‘kamu pandai bercakap, ah’?”
“Kemudian beliau jelaskan kepada saya yang beliau mengesyorkan saya dilantik untuk jawatan timbalan speaker agar saya boleh belajar mengawal diri dan orang lain, untuk menjadi neutral,” kata Nga sambil ketawa pada temu bual itu.
Beliau menerima kecaman kerana jenaka yang dibuat terhadap umur Dr Mahathir ketika kempen Pilihan Raya Umum ke 14.
Timbalan speaker Dewan Rakyaat yang baru dilantik itu juga pernah terlibat dengan kontroversi berhubung kenyataan bersifat perkauman yang dibuat terhadap bekas menteri besar Perak Zambry Abdul Kadir selepas rampasan kuasa negeri itu pada 2011.
Nga memohon maaf sekiranya ucapan dalam ceramahnya sebelum ini menyinggung pihak lain.
“Saya tahu ramai orang Melayu yang salah faham dengan saya. Saya akan cuba berubah untuk memenuhi jangkaan rakyat terhadap timbalan speaker.
“Saya harap rakyat dapat membantu saya menjadi orang yang lebih baik, pemimpin yang matang.
“Pemimpin yang baik perlu sentiasa menjadi pendengar yang baik.
Penyokong ketua DAP Perak meminta penjelasan daripada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kerana kurang jawatan kabinet untuk Nga.
Peguam berusia 45 tahun itu berkata beliau tidak pernah menyesal untuk menghabiskan masa dua dekad sebagai ahli politik pembangkang, dan mahu terus berkhidmat dengan peranan baharunya sebagai timbalan speaker.
Antara pembaharuan yang akan dibawa adalah untuk mengembalikan kebebasan kewangan Parlimen dengan mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen.
Kata Nga beliau akan memutuskan dalam tempoh 48 jam untuk sama ada untuk memegang jawatan sebagai pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Katanya beliau tidak akan menerima gaji daripada MPOB sekiranya setuju untuk tawaran itu. – 18 Julai, 2018
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Jessi Jane · Ulasan
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Jessi Jane · Ulasan