KUMPULAN agama mahu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempertimbang semula keputusannya membenarkan pendakwah terkenal Zakir Naik untuk kekal di Malaysia.
Mereka menggesa perdana menteri menarik balik status pemastautin tetap Zakir dan menghantarnya pulang secepat mungkin.
Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois (MCCBCHST), R.S. Mohan Shan berkata walaupun Zakir tidak mengadakan pertemuan secara besar-besaran, beliau secara diam menyebarkan pandangan negatif terhadap bukan Islam.
“Kami membantah Zakir berada di negara. Kami dengan rendah diri meminta Dr Mahathir memikirkan semula keputusannya dan mengekstradisinya,” kata Mohan kepada The Malaysian Insight.
Pengerusi Pakatan Harapan itu semalam berkata Zakir tidak akan dihantar pulang selagi beliau tidak menimbulkan sebarang masalah di Malaysia.
Tambahan pula, Dr Mahathir berkata Zakir memiliki status pemastautin tetap (PR) Malaysia.
Status PR Zakir diberikan oleh pentadbiran Najib sebelum ini dan beliau tinggal di sini untuk mengelakkan hukuman oleh pihak berkuasa India yang mengkehendakinya kerana beberapa dakwaan.
Mohan berkata kumpulan agama itu bingung mengapa Dr Mahathir membenarkan Zakir untuk tinggal di sini sedangkan mereka berjuang sejak 2012 untuk menghalaunya.
“Kami kumpulan agama dan Hindu Sangam mahu beliau keluar. Mungkin Dr Mahathir tidak dapat melihat gambaran sebenar dan hanya melihat dari sudut pandangan Islam,” katanya.
“Walaupun Zakir tidak mengadakan ceramah besar-besaran, beliau secara diam-diam menyebarkan ajarannya yang membawa pandangan negatif terhadap bukan Islam.”
Paderi Majlis Gereja Malaysia (CCM) Dr Hermen Shastri berkata tindakan Dr Mahathir hanya menutup mata tentang dakwaan terhadap Zakir yang dibuat oleh kerajaan India adalah salah.
“Amat menyedihkan apabila Dr Mahathir sedia melindungi lelaki ini yang didapati bersalah oleh kerajaan India sebagai penjenayah, berdepan pelbagai tuduhan.
“Malah, status PR nya adalah jalan pintas untuk mengelakkan ekstradisi,” kata Hermen.
Katanya, sekiranya Zakir tidak diberikan status PR di sini, beliau mungkin boleh berpindah ke Timur Tengah sebagai pilihan lain.
“Di Malaysia, beliau boleh beli pelindungan,” kata Hermen.
“Bagaimana Dr Mahathir tidak tahu keputusannya adalah salah, dan buat begini kepada India?”
Hermen berkata, dakwah Zakir yang eksklusif dan triumphalis tidak mempunyai tempat dalam masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama.
“Beliau dikehendaki oleh kerajaan India kerana sikap ekstremis dan fanatiknya.
“Dr Mahathir tidak sepatutnya meniru tindakan kerajaan sebelum ini berhubung perkara ini,” katanya.
Isu Zakir timbul semula apabila aporan berita India berkata penceramah kontroversi itu akan dihantar pulang tidak lama lagi.
Beliau meninggalkan India pada 2016 dan tinggal di Putrajaya sejak itu walau mendapat bantahan daripada masyarakat India tempatan.– 7 Julai, 2018
Komen
Remember that Zakir has been accused of money laundering besides other offences.
If we expect Jho Lo to be extradited for the same reason, I'm sure India too wants the same with Zakir. This is what we call rule of law.
Why must Zakir fear of a fair trial when he thinks that he's not guilty? I thought he fears God more than
anything else?
For the good of our multi-religious society, Zakir should return to India and face the Court.
Religion is a personal matter. It's a belief system. It's not a science. Just leave it to the
people to profess whatever they want as long as they keep their faith to themselves.
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Ken destino · Ulasan