Walau tanpa GST, peniaga tidak turun harga kerana kos masih tinggi


Low Han Shaun Looi Sue-Chern

Penurunan GST pada kadar sifar masih tidak mampu menurunkan harga makanan dan minuman disebabkan kos tinggi yang terpaksa ditanggung oleh peniaga. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Julai, 2018.

PENURUNAN cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada kadar sifar, memberi harapan tinggi di kalangan pengguna untuk melihat penurunan harga makanan dan minuman.

Bagaimanapun, tinjauan dijalankan oleh The Malaysian Insight baru-baru ini mendapati walaupun harga barangan tertentu turun, harga bahan mentah tetap sama.

Ketika beberapa restoran turut menurunkan harga bagi mencerminkan kadar sifar GST, masih ramai memilih untuk mengekalkan harga mereka.

Baru-baru ini, kaji selidik oleh Majlis Harga Kebangsaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mendedahkan sejumlah 968 aduan diterima pada Jun mengenai harga barangan yang tidak turun, dengan 1,023 aduan mengatakan harga menjadi lebih mahal.

Sesetengah aduan berkaitan makanan dan minuman, dengan 42% pengadu menamakan restoran dan kafetaria kerana tidak memberi potongan harga walaupun selepas GST diturunkan pada kadar sifar pada 1 Jun.

Dalam temu bual dengan Malay Mail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Saifuddin Nasution menegur perniaga, mendesak mereka agar lebih “beretika” dalam harga mereka.

Komennya menerima kritikan daripada beberapa pemilik restoran, yang mengatakan peningkatan kos buruh dan harga utiliti, serta perbelanjaan pengguna yang tidak aktif, memaksa kebanyakannya mengekalkan harga pada menu mereka.

Pengusaha restoran di Petaling Jaya, See Kai Seng berkata pemilik perniagaan makanan mempunyai kos lain difikirkan, bukan hanya GST.

“Ramai pelanggan tetap bertanya kenapa harga makanan masih mahal. Kami tidak tahu bagaimana untuk menerangkannya. Rakyat sekarang sangka ‘tidak ada GST, jadi harga mesti turun’. Ia bukan seperti itu,” katanya kepada The Malaysian Insight. – 6 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Dah nasib kita semua..dia jual kita beli..hak dia di tangan kerajaan.hak kita?kita yang tentukan.jadi sama-sama kita renungkan.

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Mohammad Simon Adam Sikat · Ulasan

  • Harga tidak akan turun serta merta kerana barang mentah yang dibeli dahulu masih ada GST. Tapi harga semua barang akan tetap turun selepas sifar GST telah benar-benar meresap ke semua pelosok ekonomi and ini akan mengambil masa.

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Ckone J · Ulasan

  • Peniaga2 ni semua cuma ambil kesempatan untuk mengaut untung cam ' lintah masyarakat ' !

    Dimuat naik 5 tahun yang lalu oleh Gerald Tak · Ulasan