Selain dedah skandal, perlu beri keyakinan kepada pelabur, kata kumpulan peniaga


Low Han Shaun

Presiden Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC) Tan Yew Sing menggesa agar Lim Guan Eng mencari jalan untuk memberi lebih keyakinan kepada pelabur melabur di negara ini.

MENTERI Kewangan Lim Guan Eng perlu mendedahkan skandal kewangan namun beliau juga perlu mencari jalan untuk meningkatkan keyakinan pelabur, kata Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC).

Merujuk kepada pendedahan Lim berhubung skandal rasuah dan projek yang berselerak, Presiden MCCC Tan Yew Sing berkata Lim juga perlu memberikan berita baik untuk meningkatkan keyakinan pelabur. 

“Sebagai contoh, apabila beliau mengumumkan semakan semula tentang Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), beliau juga sepatutnya mengumumkan Jack Ma sedia melabur di negara ini,” katanya kepada The Malaysian Insight. 

“Bercakap benar adalah sesuatu yang kita perlu galakkan tetapi beliau juga perlu adakan situasi yang seimbang,” katanya.

Pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba Jack Ma datang ke Malaysia baru-baru ini untuk membuka ibu pejabat luar China pertamanya di Malaysia 

Beliau turut bertemu dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk berkongsi idea dalam pelbagai subjek, menambah bahawa perdana menteri merupakan seorang “jurujual dan perunding berpengalaman” dalam mencari pelabur untuk Malaysia. 

“Dan beliau (Dr Mahathir) berkata masanya terhadp dan mahu memperbetulkan kesilapan dalam negara.”

Tambah Tan dengan Dr Mahathir menerajui negara, pembangunan yang menarik mampu disaksikan Malaysia dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

“Namun beliau mempunyai dasar untuk tidak bergantung hanya kepada satu negara,” tambah Tan. – 1 Julai, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen