402 sekolah berdepan masalah disiplin, kata kementerian


Pelajar sekolah hari ini menghadapi tekanan yang berbeza dan Kementerian Pendidikan mengamalkan pendekatan proaktif untuk menangani masalah disiplin di kalangan murid.– Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Jun, 2017.

LEBIH 400 sekolah di seluruh negara dikenal pasti berhadapan masalah disiplin di kalangan murid, lapor New Straits Times hari ini.

Isu termasuk penglibatan jenayah, buli dan ponteng dengan 311 sekolah menghadapi masalah disiplin tinggi dan 91 di bawah kategori “hot spot”, kata Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin Woon.

“Tahun lalu, sejumlah 111,895 pelajar mempunyai masalah disiplin, 95,046 daripadanya pelajar sekolah menengah manakala 16,849 sekolah rendah.

“Statistik menunjukkan 2.03% pelajar terlibat dalam isu disiplin dari 2012 hingga 2016.

“Ponteng adalah isu disiplin utama di kalangan pelajar kami,” katanya dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata kementerian menetapkan penunjuk prestasi utama (KPI) untuk mengurangkan masalah itu kepada 0.02% daripada KPI semasa sebanyak 0.4%.

Bagaimanapun, Chong enggan mengenal pasti sekolah terbabit.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kementerian untuk menangani isu disiplin di kalangan murid.

Chong juga menafikan kegiatan buli berleluasa di sekolah, menyatakan purata 0.06% dicatatkan dalam tempoh lima tahun lalu.

Pada 2013, sejumlah 4,120 kes pembunuhan direkodkan; 2,906 kes pada 2014; 3,011 pada 2015; 3,448 pada 2016 dan 872 kes dilaporkan pada Jun tahun ini.

“Persepsi kes buli di negara ini semakin meningkat tidak benar. Persepsi seperti itu berlaku kerana pelbagai video kejadian membuli di sekolah yang tular di media sosial.

“Dari siasatan kami, video tersebut sudah lama tetapi ditularkan kembali. Pemeriksaan kami juga menunjukkan beberapa video buli adalah dari negara jiran. “

Beliau berkata kementerian itu mengingatkan jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan sekolah untuk mengambil langkah yang perlu untuk menangani masalah disiplin di kalangan murid.

Antaranya ialah campur tangan tertumpu, seperti mengadakan mesyuarat dengan polis, majlis tempatan dan pejabat pendidikan daerah; membentuk pasukan petugas untuk menyelesaikan isu tersebut; melibatkan diri dengan komuniti dan ibu bapa dalam pembangunan diri murid dan kaunseling. – 22 Jun, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen