Beku akaun, tindakan zalim kerajaan Pakatan terhadap Umno 


TINDAKAN membekukan akaun Umno Selangor dan Umno Johor membuktikan kezaliman dan sikap jahat kerajaan Pakatan berterusan ingin mengenakan tekanan terhadap Umno pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya. 

Kerajaan Pakatan, SPRM dan PDRM sepatutnya memberi tumpuan untuk memberikan bukti yang kukuh mengenai dakwaan mereka bahawa RM2.6 bilion dicuri daripada 1MDB dan RM42 bilion benar-benar lesap daripada 1MDB, bukannya mengeluarkan kenyataan-kenyataan untuk memainkan persepsi rakyat dan menghukum melalui media. 

Sepatutnya tugas pihak SPRM dan PDRM adalah untuk mengumpulkan bukti dan menyempurnakan siasatan seterusnya mengangkat hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk ditentukan samada bukti-bukti prima facie dan melangkaui keraguan yang munasabah; bukan dijadikan alat permainan persepsi oleh kerajaan sehingga rakyat mempertikaikan integriti mereka dan menjadikan institusi ini bahan jenaka. 

Dakwaan yang dibuat oleh Pakatan sebelum ini adalah RM2.6 bilion duit 1MDB dicuri oleh Najib Razak. Rakyat mahu tahu adakah ini benar dan jika benar di mana buktinya? Tidak masuk akal jika pihak PDRM dan SPRM tidak mampu menunjukkan bukti-bukti kepada dakwaan ini sedangkan kerajaan hari ini menguasai 1MDB, Kementerian Kewangan, Bank Negara dan semua agensi penyiasatan.

Sehingga kini rakyat tidak dapat melihat bukti-bukti yang menunjukkan RM2.6 bilion duit 1MDB dicuri oleh rakyat sebaliknya disajikan dengan drama penggeledahan oleh pihak polis dan kenyataan-kenyataan tidak berintegriti pihak berkuasa.

Begitu sukar nampaknya pihak berkuasa membukti kan duit RM2.6 bilion dicuri sehingga terpaksa mencari-cari kesalahan di bawah Akta Anti Penggubahan Wang Haram pula sehingga perlu membekukan akaun Umno negeri pula.

Ikutlah ‘money trail’, buktikan RM2.6 benar-benar dicuri daripada 1MDB. SPRM dan PDRM perlu menghentikan permainan wayang persepsi ini dan mengelak dari dijadikan alat kepada kerajaan yang zalim ini. – 28 Jun, 2018

*Tun Faisal Ismail Aziz merupakan bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas.

*Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Cukup cukup lah nak perbodohkan orang wahai Tun Faisal, semasa kau ada kuasa dulu apa yang kau buat selain menjilat Najib, sekarang bila dah takde kuasa baru kau taw langit tu tinggi rendah.....setiap apa yang keluar dari mulut UMNO, terutama sekali kau adalah SAMPAH....

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Boy cool · Ulasan

  • Ada lg yg tak masuk akal.....Pertama: Kalau sesungguhnya kamu waras bagai dikata mengapa kamu takut dan lari dari isu 1MDB dibawa ke Parlimen utk dibincangkan dan mggunakan speaker utk menghalang. Kedua: Lg tak masuk akal kenapa Muhyiddin TPM kamu sendiri dan Shafie Apdal yg setia dlm kabinet kamu pecat dan dlam Parti pun sama kamu buang. Ketiga: Lagi tak masuk akal kenapa kamu guna polis halang dan gagalkan SPRM menyiasat 1MDB serta bersarakan awal AG GaniPatail dari menyiasat dan melantik org lain dgn tergesa2. Keempat: Kenapa kamu OSAkan laporan yg berkaitan audit 1MDB. Kalau dah semua tak masuk akal ...lg tak masuk akal jkl kamu tahu semua ini tp tak bersuara langsung semasa kamu berkuasa dan mengelakan diri dari menjawab hal sebenar.

    Source: Murad Shah (Facebook)

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Boy cool · Ulasan