UMNO menerima satu lagi tamparan apabila akaun bank parti itu dibekukan hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pemangku presiden Ahmad Zahid Hamid dilaporkan berkata beliau menerima panggilan telefon yang memaklumkan perkara itu.
Menurut Zahid, langkah tersebut akan menjejaskan perjalanan parti dan usaha memulihkan parti utama dalam gabungan Barisan Nasional itu.
Beliau juga dilaporkan berkata, SPRM juga dijangka akan membekukan akaun parti Umno Johor.
Malah, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin juga mungkin akan mengeluarkan arahan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan untuk membatalkan pendaftaran parti, katanya seperti dilaporkan.
Zahid semalam mengumumkan bahawa Umno akan menyalurkan semula dana kepada bahagian parti. – 28 Jun, 2018.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan