Tealive henti operasi selepas keputusan mahkamah memihak kepada Chatime


Bede Hong Yap Pik Kuan

Mahkamah benarkan injunksi interim terhadap Tealive daripada meneruskan operasi mereka berikutan rayuan daripada pesaingan Chatime, yang menyatakan perniagaan francais teh mereka di Malaysia dicuri daripada mereka.– Gambar Facebook, 27 Jun, 2018

MAHKAMAH Rayuan membenarkan injunksi interim terhadap Tealive daripada meneruskan operasi mereka berikutan rayuan daripada pesaingan Chatime, yang menyatakan perniagaan francais teh mereka di Malaysia dicuri daripada mereka.

La Kaffa International Co Ltd yang berpangkalan di Taiwan memfailkan tuntutan untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang Loob Holding Sdn Bhd daripada terus beroperasi di bawah nama Tealive, iaitu perniagaan teh yang popular dengan 161 cawangan dan 800 pekerja di seluruh negara. 

Dalam penghakimannya semalam, Hakim Hamid Sultan Abu Backerm yang mengetuai tiga ahli panel berkata injunksi adalah berdasarkan pelanggaran syarat pasca francais dan juga mengembalikan haknya. 

“Secara mudahnya, Loob mendapat keuntungan daripada perniagaan francais Chatime untuk menubuhkan perniagaan saingan yang mana menurut La Kaffa ia tidak dibenarkan di bawah peraturan francais dan juga Akta Francais 1998. 

“Akibatnya, mereka memohon injunksi untuk menghalang Loob dengan mandatori yang lain. Saman asal La Kaffa yang dibuat menurut Seksyen 11 Akta Timbang Tara 2005 dan/atau bidang kuasa yang wujud di mahkamah untuk menyelesaikan masalah serta perintah penahan yang dicari,” katanya dalam penghakiman bertulisnya.

Hamid berkata rayuan Loob sebelum ini akan ditolak dengan kos. Dua lagi pesuruhjaya ialah Badariah binti Sahamid dan Rhodzariah Ujang. Khoo Guan Huat mewakili La Kaffa manakala Loh Siew Cheang bertindak sebagai peguam untuk Loob.

Pada Disember 2016, La Kaffa menamatkan perjanjian francais induk dengan Loob walaupun 20 tahun dalam perjanjian itu. Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Bryan Loo telah membuat laporan polis berhubung penamatan secara tiba-tiba tetapi bersetuju dengan penamatan kontrak La Kaffa pada 20 Januari.

Syarikat Malaysia itu bagaimanapun mencipta jenama baru Tealive, sementara La Kaffa melantik Will Group sebagai pemberi lesen Chatime di sini.

Keputusan Mahkamah Rayuan semalam telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Mei tahun lalu atas tawaran injunksi oleh La Kaffa terhadap Loob daripada menjalankan perniagaan yang sama.

Hamid merujuk kepada keputusan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Wong Kian Kheong bahawa injunksi itu akan menyebabkan risiko ketidakadilan terhadap Loob dan perniagaan dan sekutunya.

“Pesuruhjaya Kehakiman mengambil pandangan dengan memberikan perintah larangan terhadap perniagaan Tealive yang terdiri dari 161 gerai dan kehidupan 800 pekerja Loob akan terjejas.

“Kami tidak melihat ini menjadi sebab yang wajar apabila aduan La Kaffa dalam istilah kasar bermakna Loob semalaman mengubah nama perniagaan Chatime dan menjalankan perniagaan di bawah Tealive.”

Keputusan injunksi akan kekal tertangguh sementara menunggu keputusan timbang tara berasingan di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura yang melibatkan kedua-dua syarikat tersebut.– 27 Jun, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen