ANWAR Ibrahim berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke hospital semalam, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.
Fahmi yang dihubungi The Malaysian Insight berkata, setakat jam 8 pagi tadi keadaan ketua umum PKR itu tidak menunjukkan sebarang tanda negatif.
“Masih belum ada perkembangan, maksudnya tiada apa-apa yang negatif,” katanya ketika ditanya keadaan semasa Anwar hari ini.
Anwar semalam dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menerima rawatan kerana sukar bergerak selepas pulang dari Turki.
Beliau tiba dari Turki jam 5 petang semalam.
Anwar pernah menjalani pembedahan di bahu kiri pada November tahun lalu selepas terbabit dalam kemalangan pada September 2017.
Beliau ke Turki bagi memberi sokongan kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan, yang bertanding untuk mempertahankan jawatannya. – 24 Jun, 2018.
Anwar masih stabil
Komen