Anwar dikejarkan ke hospital 


Ketua umum PKR Anwar Ibrahim sukar bergerak berikutan masalah tulang belakangnya selepas tiba dari Turki hari ini.– Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Jun, 2018

ANWAR Ibrahim dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan kerana sukar bergerak selepas pulang dari Turki. 

Anak kepada ketua umum PKR itu, Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau dikejarkan ke hospital berdekatan.

“Ya, serius,” katanya kepada The Malaysian Insight hari ini. 

Menurut sumber, Anwar sukar bergerak berikutan masalah tulang belakangnya.

Beliau tiba dari Turki sekitar jam 5 petang hari ini.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan malam ini berkata, Anwar dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Menurutnya, Anwar berada dalam keadaan stabil. 

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata Anwar akan ditahan di wad untuk pemantauan.

Anwar pernah menjalani pembedahan di bahu kiri pada November tahun lalu selepas terbabit dalam kemalangan pada September 2017. 

Beliau ke Turki bagi memberi sokongan kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan, yang bertanding untuk mempertahankan jawatannya. – 23 Jun, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen