China tawar peluang besar untuk Malaysia, kata Jack Ma


Low Han Shaun

Perniagaan Malaysia akan memperoleh keuntungan jika dapat memanfaatkan potensi pasaran China, kata pengasas Alibaba, Jack Ma. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 18 Jun, 2018.

EKONOMI berkembang pesat dan pasaran China yang luas boleh memberi “peluang besar” bagi pertumbuhan kepada mana-mana rakan kongsinya, kata pengasas Alibaba, Jack Ma.

Ma, yang berada di Malaysia bagi merasmikan pejabat Alibaba di Kuala Lumpur - yang pertama di Asia Tenggara - berkata perniagaan dan ahli perniagaan Malaysia akan memperoleh keuntungan jika dapat memanfaatkan potensi pasaran China.

“Lapan tahun lalu, China mempunyai kurang daripada 80,000 bungkusan. Tahun ini, China akan mewujudkan lebih daripada 50 bilion bungkusan,” katanya, merujuk kepada penghantaran pesanan dalam talian kepada pengguna China.

“Jadi, China sahaja lebih besar daripada seluruh industri.”

Kata Ma, walaupun semua perniagaan usaha sama akan mengalami masalah, China dan Putrajaya akan melihat manfaat ekonomi dari penyelesaian perselisihan mereka.

“Saya ingin katakan bahawa China adalah peluang besar untuk semua orang di dunia,” katanya.

“Dalam perniagaan, mana ada jalan pintas dan masalah?

“Tetapi, apabila anda menyelesaikan semua cabaran dan masalah, akan ada peluang untuk semua orang dalam dunia ini.”

Tahun lalu, Ma dan kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran Najib Razak menandatangani perjanjian untuk melancarkan hab Platform Perdagangan Dunia Elektronik (eWTP), iaitu sebahagian daripada idea Ma bagi projek Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang bertujuan untuk mengembangkan perusahaan kecil dan sederhana serta mewujudkan perniagaan melalui platform dalam talian dan e-dagang.

Selepas Barisan Nasional (BN) berjaya digulingkan PH pada pilihan raya 9 Mei, kebimbangan bahawa projek tersebut akan dikaji semula tercetus apabila Dr Mahathir mengumumkan akan mengkaji semula semua projek pembangunan utama melibatkan China yang tidak mendatangkan manfaat kepada negara. – 18 Jun, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen