Bukan kaum Cina sahaja tolak MCA semasa PRU14, kata Wee


Bede Hong Liow Sze Xian

BUKAN kaum Cina sahaja yang menolak MCA, ia adalah pemberontakan menyeluruh oleh pengundi terhadap Barisan Nasional (BN) secara keseluruhannya, semua komuniti di seluruh negara, kata Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong.

Mengulas mengenai masa depan parti berikutan kekalahannya pada pilihan raya umum 9 Mei, Wee bercakap tentang realiti suram parti komponen BN Cina yang perlu dihadapi susulan prestasi buruknya.

“Bukan hanya komuniti Cina. Semua komuniti. Jika tidak, kita tidak akan menang satu kerusi sahaja,” kata Wee kepada The Malaysian Insight apabila ditanya sama ada keputusan pilihan raya baru-baru ini bermakna orang Cina menolak parti itu.

Daripada 90 kerusi negeri ditandingi parti komponen etnik Cina BN, ia hanya memenangi dua kerusi. Begitu juga di peringkat Parlimen yang hanya mendapat satu kerusi daripada 40 kerusi yang dipertandingkan.

Satu kerusi itu, Ayer Hitam, dimenangi dengan majoriti tipis 303 undi oleh Wee.

Wee berkata MCA kini berada dalam mod “mencari roh” dan perlu berubah untuk bangkit semula.

“Tugas saya adalah untuk mengubah parti, memperbaharui parti ini sebagai parti pembangkang yang efektif. Ia bukan lagi sepeti biasa,” katanya dalam temu bual di ibu pejabat MCA.

Wee mengaku masih terlalu awal untuk membincangkan masa depan parti dalam BN, jawapannya singkat apabila ditanya sama ada beliau sudah bertemu atau bercakap dengan bekas perdana menteri Najib Razak sejak hari pengundian mungkin menandakan pergolakan besar di kalangan pembangkang baru.

“Tidak,” kata Wee.

“Saya sibuk dengan tugas parti saya.”

Berikut adalah petikan wawancara. – 2 Mei, 2018.

Artikel penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen