JPJ akan serap pegawai penguat kuasa SPAD


Low Han Shaun

KAKITANGAN bahagian penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangutan Awam Darat (SPAD) akan diserap ke dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kesemua 327 kakitangan itu tidak akan kehilangan kerja.

SPAD mempunyai seramai 997 kakitangan dan kementerian akan menentukan di manakah mereka akan ditempatkan.

“Daripada 997 kakitangan (dalam SPAD), seramai 327 adalah pegawai penguat kuasa.

“SPAD akan menyerap mereka ke dalam pasukan penguat kuasaan JPJ.” kata Loke di ibu pejabat SPAD di Kuala Lumpur hari ini.

Pada Mei 23, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata SPAD akan dimansuhkan dan tanggungjawab suruhanjaya itu akan diambil oleh Kementerian Pengangkutan.

Dr Mahathir juga berkata kakitangan “politik” dan “tidak perlu” akan diberhentikan atau dipindahkan.

Bagi kakitangangan selebihnya, Loke berkata beliau masih lagi berbincang dengan SPAD dan akan membawa isu tersebut ke mesyuarat Kabinet minggu depan.

“Bagi jabatan lain seperti jabatan perancangan dan jabatan polisi, kami masih memikirkan apakah pilihan terbaik buat mereka,” kata Loke.

Tambahnya, struktur akhir bagi integrasi semula SPAD ke dalam kementerian akan lebih jelas apabila Parlimen bersidang kerana Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 perlu digabungkan. – 1 Jun, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen