WALAUPUN hujan lebat melanda banyak daerah di utara Sarawak, ia tidak melemahkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat untuk memastikan sambutan Hari Merdeka berkalan lancar.
Di Miri, kanak-kanak tadika dari cawangan Tadika Hikmat Miri mempamerkan perpaduan dan patriotisme yang penuh semangat dan berwarna-warni untuk rakyat.
Dengan memakai pakaian yang mewakili warna bendera Sarawak dan Malaysia, mereka menyanyikan lagu kebangsaan dan mengambil bahagian dalam tarian dan persembahan lagu.
Bersama-sama dengan guru dan ibu bapa, mereka dengan bangganya mempamerkan bendera negeri dan Jalur Gemilang di bilik darjah dan dewan mesra mereka.
Pihak pengurusan berkata tadika kebanyakan murid di tadika itu berumur empat dan lima tahun.
“Kita tanamkan dalam diri mereka rasa cinta dan hormat kepada negeri dan negara.
“Walaupun pada usia empat tahun, kanak-kanak ini mempamerkan semangat perpaduan dan patriotisme yang menakjubkan.
“Nilai-nilai ini kita pupuk melalui lagu dan ceramah,” kata guru-guru.
Acara menaikkan bendera turut diadakan di jabatan dan agensi kerajaan di seluruh negeri.
Ahli politik dan wakil rakyat kerajaan juga telah menganjurkan upacara menaikkan bendera dan perhimpunan sempena sambutan hari kebangsaan. – 31 Ogos, 2024.
Kanak-kanak tadika di Tadika Hikmah Miri mempamerkan semangat perpaduan dan patriotisme yang berwarna-warni sempena Hari Merdeka. – 31 Ogos, 2024.
Komen