Permohonan subsidi diesel akan diluluskan dengan segera, kata menteri


Armizan Mohd Ali berkata proses permohonan subsidi diesel dibuat dengan mudah dan cepat hanya memerlukan syarikat-syarikat mengemukakan maklumat minimum. – Gambar Facebook, 23 Jun, 2024.

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memberikan kelulusan segera untuk permohonan lengkap di bawah Sistem Kawalan Diesel Subsidi (SKDS) yang merangkumi 33 kategori pengangkutan awam dan barangan darat, kata Armizan Mohd Ali.

Dalam kenyataan itu Menteri KPDNHEP berkata proses permohonan dibuat dengan mudah dan cepat hanya memerlukan syarikat-syarikat mengemukakan maklumat minimum.

Beliau memastikan semakan kecacatan dilakukan dengan serta-merta melalui integrasi dengan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Syarikat-syarikat tersenarai dalam 33 jenis pengangkutan awam dan barangan yang layak digalakkan untuk memohon dengan segera,” katanya dalam kenyataan itu.

Permohonan boleh dihantar melalui pautan https://mysubsidi.kpdn.gov.my/ dan surat kelulusan akan dikeluarkan secara serta-merta.

Syarikat yang berjaya boleh meneruskan permohonan kad armada daripada syarikat minyak pilihan mereka menggunakan sistem yang sama.

Armizan berkata syarikat pengangkutan yang memperoleh kelulusan SKDS sebelum 30 Jun boleh memohon untuk menuntut semula wang mereka dengan menggunakan resit sebagai bukti pembelian sehingga mereka menerima kad armada dari syarikat bahan api.

“Tuntutan balik akan tersedia bermula Julai bagi mereka yang memperoleh kelulusan SKDS sebelum 30 Jun. Kementerian kewangan akan mengumumkan prosedur permohonan dan tuntutan balik tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata sehingga jam 8 pagi hari ini, 226,957 kenderaan pengangkutan daripada 75,541 syarikat diluluskan untuk subsidi diesel. – 23 Jun, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen