Tiada perbincangan rasmi sertai kerajaan perpaduan, kata Tuan Ibrahim


Timbalan Presiden PAS Tuan Ibahim Tuan Man berkata tiada perbincangan rasmi untuk menyertai kerajaan perpaduan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 23 Jun, 2024.

PEMIMPIN kanan PAS sekali lagi menafikan parti itu akan menyertai kerajaan perpaduan yang diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibahim Tuan Man berkata tiada perbincangan rasmi mengenai perkara itu oleh kepimpinannya.

“Kami komited untuk mengukuhkan kerjasama dalam PN bagi menghadapi sebarang pilihan raya kecil atau pilihan raya pada masa akan datang,” katanya kepada wartawan Ketika ditemui dalam kempen di Sungai Bakap malam tadi.

PAS meletakkan Abidin Ismail di Sungai Bakap manakala PH diwakili bekas pengetua Dr Joohari Ariffin.

Pengerusi Dewan Ulama PAS Ahmad Yahaya berkata, tumpuan PN adalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

“Jika kita benar-benar mahu berkawan (menyertai kerajaan perpaduan), kita tidak akan menentang mereka dalam PRK,” katanya malam tadi.

Jurucakap kerajaan perpaduan Fahmi Fadzil sebelum ini dilaporkan tidak komited apabila ditanya mengenai perbincangan kemungkinan PAS menyertai kerajaan Madani.

Parti Islam itu menyaksikan prestasi pilihan raya terbaiknya selepas menawan dua negeri Melayu di Perlis dan Kedah serta mengekalkan majoriti dua pertiga di Kelantan dan Terengganu.

Naib Presiden Gerakan Baljit Singh berkata beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan perbincangan antara PAS dan kerajaan perpaduan.

Katanya, tumpuan adalah untuk menjadi pembangkang yang berwibawa di Pulau Pinang.

Daftar pemilih bagi kerusi DUN Sungai Bakap mempunyai 39,279 pengundi terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 pegawai polis.

Seramai 522 petugas pilihan raya akan menguruskan proses PRK manakala lebih 600 pegawai polis akan ditempatkan bagi memastikan keselamatan terkawal.

Pada pilihan raya Pulau Pinang Ogos lalu Nor Zamri yang merupakan Ketua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan Nurhidayah Che Rose dengan 1,563 undi.

PRK Sungai Bakap merupakan pilihan raya kecil kelapan diadakan selepas pilihan raya umum 2022.

Tempoh kempen bermula hari ini dan berakhir sebelum tengah malam pada 5 Julai.

6 Julai ialah hari pengundian dan pengundian awal pada 2 Julai. – 23 Jun 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen