2 lelaki ditahan guna gambar Agong pada kempen PRK KKB


DUA lelaki ditahan bagi membantu siasatan polis kerana menggunakan gambar Yang di-Pertuan Agong yang diletak pada kenderaan utiliti sukan (SUV) semasa kempen pilihan raya kecil PRK DUN Kuala Kubu Baharu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Ahmad Faizal Tahrim berkata laporan polis dibuat semalam selepas SUV itu didapati diletakkan gambar Agong dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta bendera Pakatan Harapan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Ahmad Faizal Tahrim berkata polis turut merampas SUV berwarna hijau berkenaan.

Kedua-dua lelaki berusia 60-an itu direman tiga hari sementara menunggu siasatan mengikut Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

“Seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau kerana menghalang tangkapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengingatkan semua agar tidak mempolitikkan isu sensitif atau membincangkan hal kaum, agama dan raja (3R). - 5 Mei 2024



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen