Seorang maut, helikopter tentera terhempas di Kyrgyzstan


Helikopter tentera Mi-8 terhempas di Kyrgyzstan ketika menjalani latihan di pangkalan udara Frunze 1 di Bishkek.– Gambar EPA, 18 Januari, 2024.

SEORANG maut dan lapan lagi cedera selepas helikopter tentera Mi-8 terhempas di Kyrgyzstan ketika menjalani latihan, kata Kementerian Pertahanan Kyrgyz, lapor Sputnik pada Rabu.

Helikopter itu terhempas di pangkalan udara Frunze 1 di Bishkek pada kira-kira pukul 4.55 GMT.

“Helikopter itu sedang dalam penerbangan latihan dan melakukan pendaratan cemas. Menurut data awal, seorang maut dan lapan lagi cedera,” kata kementerian itu.

Suruhanjaya khas telah ditubuhkan untuk menyiasat punca nahas itu. – Bernama, 18 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen