Zelensky arah perkhidmatan sulit Ukraine siasat helikopter terhempas 


Bangkai helikopter yang terhempas di berhampiran sebuah tadika di Kyiv semalam. – Gambar AFP, 19 Januari 2023.

PRESIDEN Ukraine Volodymyr Zelensky menugaskan perkhidmatan sulit negara itu untuk menyiasat punca nahas helikopter yang menyebabkan kematian 14 orang termasuk Menteri Dalam Negeri Denys Monastyrsky.

Menurut Agensi Akhbar Jerman (dpa), punca insiden pagi Rabu itu masih belum dapat dipastikan tetapi Zelensky menjanjikan penjelasan menerusi ucapan video.

Beliau berkata menteri dan timbalannya, Yehvheniy Yenin bukanlah ahli politik yang “mudah digantikan” dan menyifatkan satu kehilangan besar bagi negara ini.

Laporan terbaharu mendedahkan mangsa yang maut termasuk seorang kanak-kanak manakala 25 lagi cedera. – Bernama, 19 Januari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen