Ibu tunggal menang rayuan kes tukar agama anak


Mahkamah Rayuan benarkan rayuan Low Siew Hong dan mengisytiharkan penukaran agama unilateral tiga anaknya yang di Perlis tidak berperlembagaan. – Gambar Facebook, 10 Januari, 2024.

MAHKAMAH Rayuan hari ini membenarkan rayuan ibu tunggal Loh Siew Hong dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan penukaran agama secara sepihak tiga anaknya di bawah umur kepada Islam di Perlis sebagai tidak berperlembagaan.

Free Malaysia Today melaporkan panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Hadhariah Syed Ismail berpendapat penukaran agama adalah “ultra vires” dengan Perlembagaan Persekutuan.

Hadhariah berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan melakukan kesalahan undang-undang.

“Mahkamah Tinggi khilaf kerana tidak mengikut keputusan Mahkamah Persekutuan 2018 dalam kes Indira Gandhi.

“Kami terikat dengan keputusan Indira Gandhi. Dalam kes ini, ibu tidak membenarkan anak-anaknya memeluk Islam,” katanya.

Mahkamah Rayuan juga menolak peruntukan dalam enakmen negeri Perlis yang membenarkan penukaran secara unilateral kerana ia bertentangan dengan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Turut bersidang ialah Hakim Hashim Hamzah dan Azhahari Kamal Ramli. – 10 Januari, 2024.

Berita penuh di sini



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen