Gabriel Attal PM termuda Perancis pada uisa 34 tahun


Gabriel Attal juga perdana menteri Perancis pertama mengisytiharkan dirinya gay. – Gambar EPA, 10 Januari, 2024.

PRESIDEN Perancis Emmanuel Macron semalam melantik Gabriel Attal sebagai perdana menteri termuda dalam sejarah negara itu pada usia 34 tahun.

Attal juga perdana menteri pertama di Perancis yang secara terbuka mengisytiharkan dirinya gay.

Beliau sebelum ini adalah menteri pendidikan.

Pelantikan Attal dibuat selepas Macron pada Isnin menerima peletakan jawatan Elisabeth Borne, 62, yang berkhidmat tidak sampai dua tahun.

“Presiden telah melantik Gabriel Attal sebagai perdana menteri dan menugaskan beliau untuk membentuk kerajaan,” kata pejabat Macron dalam satu kenyataan.

Kabinet Perancis dijangka mengalami rombakan lebih meluas minggu ini dalam usaha Macron untuk mwmberi nafas baharu kepada pentadbiran beliau. – AFP, 10 Januari, 2024.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen